Sunday 24 March 2013

MOHON SUMBANGAN BUKU /BAHAN BACAAN

PSS SKBG telah menetapkan bulan Mei sebagai  Bulan Membaca. Pelbagai aktiviti akan dianjurkan antaranya minggu Pusat Sumber Sekolah yang bertujuan memupuk Budaya Membaca dalam kalangan warga SKBG.

Pihak sekolah mengharapkan sesiapa sahaja daripada warga sekolah, ibu bapa, bekas-bekas pelajar, bekas guru, syarikat-syarikat swasta, Badan Berkanun dan orang perseorangan menyumbangkan buku untuk pelajar bagi menambah bahan bacaan yang sedia ada di perpustakaan sekolah.

 
Buku-buku yang ingin disumbangkan boleh di bawa dan diserahkan kepada pihak sekolah / penyelaras pusat sumber (GPM) pada hari persekolahan.

Kerjasama yang diberikan oleh para penyumbang amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA”

No comments:

Post a Comment