Sunday 24 March 2013

MOHON SUMBANGAN BUKU /BAHAN BACAAN

PSS SKBG telah menetapkan bulan Mei sebagai  Bulan Membaca. Pelbagai aktiviti akan dianjurkan antaranya minggu Pusat Sumber Sekolah yang bertujuan memupuk Budaya Membaca dalam kalangan warga SKBG.

Pihak sekolah mengharapkan sesiapa sahaja daripada warga sekolah, ibu bapa, bekas-bekas pelajar, bekas guru, syarikat-syarikat swasta, Badan Berkanun dan orang perseorangan menyumbangkan buku untuk pelajar bagi menambah bahan bacaan yang sedia ada di perpustakaan sekolah.

 
Buku-buku yang ingin disumbangkan boleh di bawa dan diserahkan kepada pihak sekolah / penyelaras pusat sumber (GPM) pada hari persekolahan.

Kerjasama yang diberikan oleh para penyumbang amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA”

Tuesday 19 March 2013

PELANCARAN DAN TAKLIMAT NILAM 2013

Aktiviti :  Pelancaran dan taklimat NILAM 2013

Tarikh : 28 Januari 2013
Laporan:
Majlis berlangsung pada perhimpunan pagi Isnin, bertempat di tapak perhimpunan SKBG. Penerangan ringkas tentang cara mengisi maklumat dalam buku NILAM telah disampaikan oleh Pn. Norhasanah Omar (Guru Rakan Pembaca). Setiap murid mengisi borang NILAM masing-masing (praktikal).


Monday 18 March 2013

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PSS 2013


Aktiviti: Majlis penyerahan watikah perlantikan Pegawas PSS SKBG 2013

Tarikh : 21 Januari 2013

Laporan:

Majlis berlangsung pada perhimpunan pagi Isnin, bertempat di tapak perhimpunan SKBG. Seramai 21 orang pegawas PSS telah ditauliah watikah perlantikan. Majlis disempurnakan oleh GPK I, Hajah Ramnah binti Adam.